Monday 8 April 2013

PETA I-THINK

Terdapat 8 jenis peta pemikiran i-think. Ianya adalah :

1. Peta bulatan
2. Peta buih
3. Peta buih berganda
4. Peta pokok
5. Peta dakap
6.Peta alir
7. Peta pelbagai alir
8. Peta titi



MARI BELAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 3 BERSAMA I-THINK



Apa itu I-Think?

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi
(higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.